KESEDERHANAAN

Aku sukakan kesederhanaan.
Kesederhanaan membuatku rasa lebih tenang. Setiap yang dilakukan adalah secara sederhana.Dari segi pergaulan, percakapan,perbelanjaan,segala2nya serba sederhana.

Thursday, August 13, 2009

SETUJU @ TIDAK


PPSMI

Isu pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PSSMI) adalah hangat diperkatakan baru-baru ini.Adakah wajar untuk meneruskan rancangan tersebut atau memansuhkannya.

PPSMI bertujuan untuk meningkatkan penguasan ilmu dan bahasa Inggeris dikalangan pelajar supaya pendidikan di Malaysia ini semakin berkualiti dan berkembang.

Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Dr.Mohammad Puad Zarkashi berkata kerajaan sedia maklum ada kalangan masyarakat yang tidak menyokong keputusan untuk meneruskan PPSMI,tetapi beliau berharap mereka akan memahami realiti situasi ini dan tujuan keputusan itu.Namun kita kena terima hakikat jika rancangan ini tidak berjaya maka kita kena cari jalan lain bagi selesaikan isu ini.Isu ini mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk guru2 & juga ibu bapa,malah menurut kajian baru2 ini yang dijalankan oleh Universiti Sultan Idrus (UPSI) mendapati bahawa prestasi pelajar sekolah rendah semakin menurun.Ini adalah disebabkan oleh:-

  • matapelajaran Sains adalah paling sukar difahami kerana memerlukan banyak huraian dan ini akan menjadi lebih sukar jika diajar dalam bahasa Inggeris.Bayangkan bagaimana dengan para pelajar untuk menyerap dengan baik jika Sains diajar dalam bahasa Inggeris sedangkan jika diajar dalam bahasa Melayu pun tahap penguasaan matapelajaran ini agak lemah.
  • tahap penguasaan guru untuk mengajar pelajar dalam matapelajaran Sains menggunakan bahasa Inggeris dianggap masih lemah.Mengikut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran,hanya 8% sahaja di antara tenaga pengajar yang ada mampu untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.Berdasarkan jumlah peratusan yang diperolehi menunjukkan terlalu kecil bilangan guru yang mampu untuk mengajar pelajar yang terlalu banyak bilangannya.

Adalah tidak wajar kepada rakyat sekiranya kerajaan meneruskan 1 dasar seperti ini jika ia tidak berjaya ataupun kurang berkesan.Jika PPSMI ini diteruskan juga akan memberi kesan yang tidak begitu memberangsangkan kepada para pelajar dan juga kepada sistem pelajaran di Malaysia.

Saya selaku rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan rancangan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).Ini kerana kerajaan harus tahu setakat mana kemampuan para pelajar di Malaysia ini untuk belajar kedua-dua Bakmatapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.

BAK KATA PEPATAH,UKURLAH BAJU DI BADAN SENDIRI..

Wednesday, August 12, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJA

TUJUAN

Program penempatan pekerja ini telah dijalankan hasil kerjasama Kementerian Sumber Manusia.Program ini diadakan adalah :
- membantu meringankan beban pekerja yang telah diberhentikan,siswazah dan juga belia yang terpaksa menganggur kerana tidak mempunyai pekerjaan.
-meningkatkan pelatih dengan kemahiran terkini
-meningkatkan kebolehan pekerjaan dikalangan pelatih.
Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara 3 bln yang lepas, 30,000 pekerja telah diberhentikan, 70,000 pekerja yang diberhentikan hanya untuk sementara dan ada juga pekerja yang dikurangkan gaji.
Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak rm650 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 untuk melaksanakan program ini bagi membantu majikan,pekerja yang telah diberhentikan,siswazah dan juga belia menganggur semasa kegawatan yang melanda ekonomi ini.

MAKLUM BALAS PROGRAM

Program ini menawarkan 2 jenis khusus iaitu khusus dalam bidang perniagaan dan juga bidang automotif.Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan adalah sangat dialu-alukan untuk mengikuti program ini dan mereka juga patut merebut peluang keemasan ini kerana mereka bukan saja ditawarkan pekerjaan selepas tamat kursus ini tetapi mereka juga akan diberi elaun sebanyak Rm500 sebulan bagi yang belum berkahwin dan juga sehingga Rm800 bagi yang sudah berkahwin.


Menurut Menteri Kementerian Sumber Manusia,Datuk Dr.S.Subramaniam,dari pemantauan yang dibuat maklum balas awal yang diterima dari program ini terdapat 3 punca utama yang menyebabkan ramai yang tidak berminat untuk menyertai program ini adalah:

1-sikap terlalu memilih kerja

2-enggan mengikuti latihan kerana ingin terus bekerja dan

3-masalah geografi kerana kedudukan tempat kerja yang jauh dari tempat kediaman.

KEBAIKAN PROGRAM

  • dapat pendedahan tentang suasana kerja
  • dapat pengetahuan baru
  • dapat elaun walaupun tidak bekerja
  • akan dapat sijil di akhir program

KELEMAHAN PROGRAM

  • elaun yang tidak mencukupi
  • masa pembelajaran yang panjang

CADANGAN

  • menaikkan sedikit lagi elaun
  • mengurangkan sedikit waktu pembelajaran
  • mengadakan program ini secara part-time

Tuesday, August 11, 2009

TRANSFORMASI

1 Malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan adalah slogan yang diucapkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib.1 Malaysia bermaksud rakyat mampu berdiri,berfikir dan bertindak sebagai 1 bangsa dengan mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara.Dengan ini rakyat akan merasa sama dan tiada rasa iri hati terhadap sesama sendiri serta akan berganding bahu untuk merealisasikan impian Perdana Menteri,Malaysia.
Dgn adanya slogan seperti ini akan dapat mebangkitkan semangat rakyat untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala aspek kehidupan.Perpaduan yang ditunjukkan antara kaum adalah memuaskan.Dari segi ekonomi yang kian membangun,jelas menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia dipelopori oleh semua rakyat yang berbilang kaum.Dari ini kita dapat lihat tiada pengkhususan kaum untuk membangunkan negara kita.Hasrat Datuk Seri Najib untuk memastikan perlaksanaan besar untuk membantu bangsa melayu dan bumiputera diamalkan secara adil dengan memberi pertimbangan wajar kepada yang lain.
Tranfomasi akan terlaksana jika rakyat bekerja tanpa jemu,tanpa menghiraukan segala penat,serta berkhidmat dan membela untung nasib rakyat itu sendiri.Tranfomasi yang berlaku akan mempengaruhi kesejahteraan negara.
Selain dari aspek-aspek yang positif,terdapat juga musuh negara yang utama yang paling sukar untuk dihapuskan iaitu masalah dadah..Masalah ini sudah lama menghantui negara namun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk membanteras gejala ini.Dengan dadah,sesebuah institusi kekeluargaan akan musnah dan akan membawa keruntukan kepada negara serta meninggalkan kesan negatif terhadap pembangunan negara.

Monday, August 10, 2009

cuti-cuti malaysia

Selamat datang ke Pulau Jerjak!

Keterangan mengenai pulau ini.

Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang,Malaysia yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar.
Pulau Jerejak kini boleh ditiba dengan menaiki
feri kecil dari Bayan Lepas.

Rancangan-rancangan telah dicipta untuk membangun semula Pulau Jerejak menjadi sebuah tempat peranginan pada tahun 2000.Pada Januari 2004, Jerejak Resort & Spa dibuka untuk perniagaan. Tempat peranginan ini dibina di atas kawasan yang dahulunya merupakan pusat rawatan kusta.

Wednesday, August 5, 2009


  • just relax

  • take it easy

  • think positive

Hasil nukilan NAS

KAWAN2KU

Selain dari keluarga,kawan2ku adalah tempat untukku berkongsi masalah.Sunyi sgt kalau hidup tanpa kawan2.Kawan yang sejati dapat kongsi segala suka dan duka bersama.tapi jarang sekali untuk kita mempunyai kawan seperti itu.Kalau ada,janganlah disia-siakannya.