KESEDERHANAAN

Aku sukakan kesederhanaan.
Kesederhanaan membuatku rasa lebih tenang. Setiap yang dilakukan adalah secara sederhana.Dari segi pergaulan, percakapan,perbelanjaan,segala2nya serba sederhana.

Thursday, August 13, 2009

SETUJU @ TIDAK


PPSMI

Isu pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PSSMI) adalah hangat diperkatakan baru-baru ini.Adakah wajar untuk meneruskan rancangan tersebut atau memansuhkannya.

PPSMI bertujuan untuk meningkatkan penguasan ilmu dan bahasa Inggeris dikalangan pelajar supaya pendidikan di Malaysia ini semakin berkualiti dan berkembang.

Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Dr.Mohammad Puad Zarkashi berkata kerajaan sedia maklum ada kalangan masyarakat yang tidak menyokong keputusan untuk meneruskan PPSMI,tetapi beliau berharap mereka akan memahami realiti situasi ini dan tujuan keputusan itu.Namun kita kena terima hakikat jika rancangan ini tidak berjaya maka kita kena cari jalan lain bagi selesaikan isu ini.Isu ini mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk guru2 & juga ibu bapa,malah menurut kajian baru2 ini yang dijalankan oleh Universiti Sultan Idrus (UPSI) mendapati bahawa prestasi pelajar sekolah rendah semakin menurun.Ini adalah disebabkan oleh:-

  • matapelajaran Sains adalah paling sukar difahami kerana memerlukan banyak huraian dan ini akan menjadi lebih sukar jika diajar dalam bahasa Inggeris.Bayangkan bagaimana dengan para pelajar untuk menyerap dengan baik jika Sains diajar dalam bahasa Inggeris sedangkan jika diajar dalam bahasa Melayu pun tahap penguasaan matapelajaran ini agak lemah.
  • tahap penguasaan guru untuk mengajar pelajar dalam matapelajaran Sains menggunakan bahasa Inggeris dianggap masih lemah.Mengikut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran,hanya 8% sahaja di antara tenaga pengajar yang ada mampu untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.Berdasarkan jumlah peratusan yang diperolehi menunjukkan terlalu kecil bilangan guru yang mampu untuk mengajar pelajar yang terlalu banyak bilangannya.

Adalah tidak wajar kepada rakyat sekiranya kerajaan meneruskan 1 dasar seperti ini jika ia tidak berjaya ataupun kurang berkesan.Jika PPSMI ini diteruskan juga akan memberi kesan yang tidak begitu memberangsangkan kepada para pelajar dan juga kepada sistem pelajaran di Malaysia.

Saya selaku rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan rancangan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).Ini kerana kerajaan harus tahu setakat mana kemampuan para pelajar di Malaysia ini untuk belajar kedua-dua Bakmatapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.

BAK KATA PEPATAH,UKURLAH BAJU DI BADAN SENDIRI..

No comments:

Post a Comment

Hasil nukilan NAS

KAWAN2KU

Selain dari keluarga,kawan2ku adalah tempat untukku berkongsi masalah.Sunyi sgt kalau hidup tanpa kawan2.Kawan yang sejati dapat kongsi segala suka dan duka bersama.tapi jarang sekali untuk kita mempunyai kawan seperti itu.Kalau ada,janganlah disia-siakannya.