Program penempatan pekerja ini telah dijalankan hasil kerjasama Kementerian Sumber Manusia.Program ini diadakan adalah :
- membantu meringankan beban pekerja yang telah diberhentikan,siswazah dan juga belia yang terpaksa menganggur kerana tidak mempunyai pekerjaan.
-meningkatkan pelatih dengan kemahiran terkini
-meningkatkan kebolehan pekerjaan dikalangan pelatih.
Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara 3 bln yang lepas, 30,000 pekerja telah diberhentikan, 70,000 pekerja yang diberhentikan hanya untuk sementara dan ada juga pekerja yang dikurangkan gaji.
Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak rm650 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 untuk melaksanakan program ini bagi membantu majikan,pekerja yang telah diberhentikan,siswazah dan juga belia menganggur semasa kegawatan yang melanda ekonomi ini.
MAKLUM BALAS PROGRAM
Program ini menawarkan 2 jenis khusus iaitu khusus dalam bidang perniagaan dan juga bidang automotif.Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan adalah sangat dialu-alukan untuk mengikuti program ini dan mereka juga patut merebut peluang keemasan ini kerana mereka bukan saja ditawarkan pekerjaan selepas tamat kursus ini tetapi mereka juga akan diberi elaun sebanyak Rm500 sebulan bagi yang belum berkahwin dan juga sehingga Rm800 bagi yang sudah berkahwin.
Menurut Menteri Kementerian Sumber Manusia,Datuk Dr.S.Subramaniam,dari pemantauan yang dibuat maklum balas awal yang diterima dari program ini terdapat 3 punca utama yang menyebabkan ramai yang tidak berminat untuk menyertai program ini adalah:
1-sikap terlalu memilih kerja
2-enggan mengikuti latihan kerana ingin terus bekerja dan
3-masalah geografi kerana kedudukan tempat kerja yang jauh dari tempat kediaman.
KEBAIKAN PROGRAM
- dapat pendedahan tentang suasana kerja
- dapat pengetahuan baru
- dapat elaun walaupun tidak bekerja
- akan dapat sijil di akhir program
KELEMAHAN PROGRAM
- elaun yang tidak mencukupi
- masa pembelajaran yang panjang
CADANGAN
- menaikkan sedikit lagi elaun
- mengurangkan sedikit waktu pembelajaran
- mengadakan program ini secara part-time